Quantcast
Channel: Sitik's Blog » Siswa Fakulti Sains
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Rasa Malas dan Cara Mengatasinya

$
0
0

Rasa Malas dan Cara Mengatasinya

Malas adalah penyakit mental. Sesiapa yang dihinggapi rasa malas, kejayaan pasti jauh untuk dicapai.

Rasa malas sebenarnya ialah keengganan seseorang untuk melakukan sesuatu yang seharusnya atau sebaiknya dilakukan. Dalam dunia pekerjaan, rasa malas ialah menolak tugas, tidak disiplin, tidak tekun, rasa bosan, suka menunda dan menangguhkan sesuatu tindakan, mengelak daripada tanggung-jawab, dan lain-lain.

Jika rasa malas ini sudah menjadi habit atau tabiat maka ia akan menjadi amalan harian dan menjadikan mutu kerja bertambah menurun, maka akhirnya memberi padah kepada organisasi yang tidak akan mungkin mencapai matlamat sekiranya banyak pekerjanya yang bersikap begitu.

Rasa malas juga merupakan sejenis penyakit mental. Mengapa dikatakan penyakit mental? kerana akibat buruk daripada rasa malas memang sangat merugikan. Sesiapa yang dihinggapi rasa malas akan merugikan diri sendiri kerana ia tidak mungkin akan mencapai kejayaan dalam kerjayanya, perniagaannya, malahana dalam kehidupan sehariannya. Masyarakat dan negara yang dipenuhi oleh individu-individu yang malas sudah tentu tidak akan maju.

Rasa malas juga menggambarkan hilangnya motivasi seseorang untuk melakukan pekerjaan atau apa yang dia ingin lakukan. Rasa malas jenis ini secara relatifnya lebih mudah diatasi, seperti:

1. Menetapkan matlamat/tujuan

Orang yang malas biasanya tidak memiliki motivasi untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih baik, manakala orang yang tidak memiliki motivasi biasanya tidak memiliki tujuan hidup yang jelas supaya mudah dicapai. Dan orang yang tidak memiliki matlamat hidup biasanya sangat jarang bahkan mungkin tidak pernah menuliskan resolusi atau komitmen-komitmen pencapaian hidupnya.

Persoalannya ialah tanpa tujuan, resolusi, atau komitmen-komitmen pencapaian hidup, maka seseorang hanya bergerak secara naluri dan sangat mudah terumbang-ambing apabila berhadapan dengan keadaan di sekelilingnya. Keadaan seperti ini membuatkannya menjadi pasif, menunggu, bergantung pada situasi, dan cenderung menyerah pada nasib saja. Dalam keadaan seperti ini, tidak akan ada motivasi untuk meraih atau mencapai sesuatu impian. Tidak adanya sumber-sumber motivasi hidup juga boleh menyebabkan kemalasan.

Untuk menggarab motivasi, seseorang itu harus berani menetapkan matlamat hidupnya. Menurut Andrias Harefa dalam bukunya Agenda Refleksi dan Tindakan Untuk Hidup Yang Lebih Baik (GPU, 2004), dia harus membuat komitmen atas apa saja yang ingin diselesaikan, dicapai, dimiliki, dilakukan, dan dinikmati. Contoh komitmen; “pada ulang tahun yang ke …. saya mesti menyelesaikan buku yang saya tulis, naik pangkat, mendapat gelaran-gelaran tertentu, memiliki rumah dan kenderaan yang baik, melancong, dan menikmati kebahagiaan bersama keluarga.”

2. Mengasah/menggarab Kemampuan

Orang yang mempunyai tujuan atau matlamat hidup akan membuat resolusi dan komitmen-komitmen pencapaian dan biasanya memiliki motivasi tinggi. Sebaliknya, jika tujuan hidupnya samar-samar, maka ia tidak akan mempunyai motivasi yang tinggi. Oleh itu, perlulah setiap matlamat yang ditetapkan diikuti dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang membuahkan kaedah yang cekap dan efektif untuk mencapai matlamat tersebut. Kita juga perlu sekali mengasah kemampuan atau ketrampilan-ketrampilan supaya langkah-langkah yang diambil itu akan membawa kepada pencapaian matlamat yang ingin dicapai.

Contoh: Jika pada tahun yang sudah disasarkan kita ingin menjadi konsultan, maka mulai sekarang aktiviti-aktiviti dijalankan perlu difokuskan ke arah tujuan tersebut. Kita perlu terus mengasah kemampuan mengenalpasti masalah, mengetahui penyebab, menganalisis, menyatukan gagasan, menawarkan solusi, dan memperbaiki kemampuan membentangkannya.

Jika aktiviti-aktiviti pembelajaran itu dilakukan secara konsisten dan dengan komitmen yang tinggi, maka kita telah berada di lorong yang betul. Aktiviti-aktiviti pembelajaran akan menempatkan kita pada kedudukan dan persekitaran dinamik. Kemampuan kita bagi menghadapi dan menyelesaikan masalah juga akan meningkat. Dengan sendirinya ini akan semakin memperkuat keyakinan diri, menebalkan komitmen untuk mencapai matlamat, dan tentu saja menimbulkan semangat yang lebih.

Sebaliknya, jika kita sama sekali menolak aktiviti-aktiviti pembelajaran, komitmen akan semakin lemah, semangat menurun, dan kemalasan akan datang dengan cepat. Dalam keadaan ini, tujuan-tujuan, resolusi atau komitmen yang sudah kita buat tidak bererti lagi. Sayang sekali.

3. Pergaulan Dinamik

Para pemenang/jaguh berkumpul dengan sesama pemenang/jaguh, manakala para
pecundang cenderung berkumpul dengan sesama pecundang. Ungkapan tersebut memang ada kebenarannya. Sulit sekali bagi seorang pemalas untuk hidup di lingkungan para pemenang. Sulit bagi orang malas untuk berada secara selesa di tengah-tengah orang yang sangat optimis, sibuk, giat bekerja, dan bersemangat mengejar prestasi. Demikian juga sebaliknya, sulit sekali bagi para pemenang/jaguh untuk betah duduk lama dengan para orang malas dan pesimistik.

Situasi atau lingkungan di mana kita berada sememangnya besar pengaruhnya. Orang yang mulai dihinggapi rasa malas sangat dianjurkan agar menjauhi mereka yang juga mulai diserang kebosanan, putus asa, rasa enggan, apalagi yang berfikiran negatif. Dalam situasi malas sedang menyerang, mendekati orang-orang yang sedang “down” atau murung sama sekali tidak menolong satu sama lain. Rasa malas dan kebuntuan akan tambah menjadi-jadi. Ini boleh menjerumuskan kedua-dua pihak kepada keadaan pesimisme, keputusasaan, dan kemalasan sepenuhnya.

Jika rasa malas mulai menyerbu kita, jangan terlalu duduk berdiam diri. Cara paling ampuh menghilangkan kemalasan adalah bangkit berdiri dan menghampiri orang-orang yang sedang tekun dan bersemangat melakukan sesuatu. Dekati mereka yang sedang bekerja keras untuk meraih impian-impiannya. Manusia-manusia optimis, mempunyai motivasi diri yang tinggi, bercita-cita tinggi, berfikiran positif, dan memiliki matlamat hidup yang jitu, umumnya memancarkan aura positif kepada apa pun dan siapa pun di sekelilingnya. Pancaran optimisme dan semangat itulah yang boleh menginspirasi orang lain, bahkan menularkan semangat yang sama sehingga orang lain jadi ikut tergerak.

4. Disiplin Diri

Ada sebuah ungkapan yang sangat dalam maknanya daripada seorang pakar motivasi, yang bunyinya; “Jika kita lunak di dalam, maka dunia luar akan keras kepada kita. Tapi jika kita keras di dalam, maka dunia luar akan lunak kepada kita”. Kata-kata mutiara yang luar biasa ini menegaskan, bahwa jika kita mau bersikap keras pada diri sendiri, dalam erti kata menempa rasa disiplin dalam berbagai hal, maka banyak hal akan dapat kita kerjakan dengan baik. Sikap keras pada diri sendiri atau disiplin diri itulah yang umumnya membawa kejayaan bagi kerjaya para olahragawan dan pekerja profesional yang memang perlukan disiplin yang tinggi dalam banyak hal. Bayangkan, bagaimana seorang atlet bisa menjadi juara jika dia tidak ada disiplin berlatih? Bagaimanakah mungkin ada pekerja profesional yang bagus kerjayanya jika dia sering ponteng atau lembab kerja?

Sebaliknya, jika kita terlalu lunak atau memanjakan diri sendiri, memelihara kemalasan, memandang mudah perkara-perkara buruk, tidak merasa bersalah jika lalai atau gagal dalam tugas, maka dunia luar tidak menghormati dan bersahabat dengan kita. Olahragawan yang manja pasti tidak akan pernah jadi juara. Seorang jurujual yang malas tidak akan dapat besar hasil jualannya. Seorang konsultan yang tidak cekap buruk pasti akan ditinggalkan oleh kliennya. Begitu juga pekerja yang tidak disiplin pasti mudah jadi sasaran komen dan kemarahan majikan. Jika kita lunak pada diri sendiri, maka dunia akan keras pada kita.

Rasa malas jelas merugikan. Obat mujarabnya adalah menumbuhkan kebiasaan mendisiplinkan diri dan menjaga kebiasaan positif tersebut.

Walaupun seseorang memiliki cita-cita atau impian yang besar, jika kemalasannya mudah muncul, maka cita-cita atau impian besar itu akan tetap tinggal impian saja. Jadi, kalau anda ingin berjaya, jangan beri peluang kepada munculnya rasa malas.

Sumber: Rasa Malas dan Cara Mengatasinya oleh Edy Zaqeus, dalam buku “Kontekstualisasi Ajaran I Ching” (Grasindo, 2004).



Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Trending Articles


Pangarap Quotes


Dino Rey para colorear


Libros para colorear


Mandalas de flores para colorear


Dibujos para colorear de perros


Toro para colorear


People Walk Away Quotes, Inspire Quotes


Love Quotes Tagalog


RE: Mutton Pies (mely)


Ang Nobela sa “From Darna to ZsaZsa Zaturnnah: Desire and Fantasy, Essays on...


Tagalog God Quotes to inspire you


Winx Club para colorear


Girasoles para colorear


Sapos para colorear


Renos para colorear


Dromedario para colorear


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tamis Ng tagumpay


Mga Tala sa “Unang Siglo ng Nobela sa Filipinas” (2009) ni Virgilio S. Almario


El Vibora (1971) by Francisco V. Coching and Federico C. Javinal





Latest Images

Pangarap Quotes

Pangarap Quotes

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.

HANGAD

HANGAD

MAKAKAALAM

MAKAKAALAM

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC

Doodle Jump 3.11.30 by Lima Sky LLC